Program Usahawan
19 Jun 2016 | Aktiviti Terkini
Pada 18 JUN 2016, pihak pengurusan Pusat Internet 1 Malaysia Kg Surau telah mengadakan Program Usahawan kepada usahawan online setempat. Program yang diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia Kg Surau ini disertai oleh 2 orang peserta penduduk setempat dan berlangsung selama 5 jam dari jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi tips pemasaran online secara berkesan serta bagaimana untuk memperkasakan lagi urusan perniagaan para peserta. Program ini dilihat mampu untuk membantu peserta menambah kemahiran sedia ada serta menambah minat mereka untuk berkunjung ke Pusat Internet 1 Malaysia dan juga mengembangkan perniagaan mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: